Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, kita diberi peluang untuk terus mengorak langkah ke tahun baru 2012. Semoga segala azam yang telah digariskan untuk tahun ini berjaya dicapai dengan iltizam, semangat perjuangan dan kesediaan yang jitu untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
IMBASAN TAHUN 2012
Tahun 2012 merupakan tahun di mana hubungan di antara pihak mahasiswa dan pihak pentadbiran UMP mengorak ke satu dimensi baru di mana semangat kerjasama di antara satu sama lain menjadi semakin utuh dan akrab. Persefahaman antara kedua-dua pihak ini bakal memberi kebaikan kepada kita kerana segala usaha yang dijalankan oleh seorang "anak" dengan restu sokongan daripada "ibubapa", insyaAllah akan tercapai dengan jayanya. Banyak manfaat yang boleh kita tuai hasil daripada persefahaman ini.
TAHUN 2013
Agenda MPP pada kali ini, iaitu Revolusi Versatiliti akan dipacu berdasarkan 8 komponen model pembangunan mahasiswa yang telah digariskan oleh KPT. Dalam menjayakan hasrat ini, terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan, seperti kebebasan bersuara yang ada pada media sosial. Perkara ini perlulah diimbangi dengan kematangan dalam menilai dan menyampaikan sesuatu sumber. Sikap suka menyalahkan, 'BLAMING CULTURE', perlu dihentikan, dan lebih elok sekiranya kamus pemikiran mahasiswa kita dipacu dengan sifat toleransi, rasional dan diplomasi dalam setiap situasi. Saya yakin dan percaya, sekiranya kita mampu untuk menyahut pembaharuan ini, maka sudah pastinya pembentukan rakyat dengan Minda Kelas Pertama akan dipacu dan diungguli oleh kita, golongan mahasiswa itu sendiri.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment