ISSUES AND PROBLEM IN CAMPUS

Bismillahhirahmanirrahim

Pada 19 Januari 2013 (Sabtu). Majlis Perwakilan Pelajar telah turun padang ke Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan untuk meneliti permasalahan dan pembangunan infrastruktur di sana. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa beberapa isu dan permasalahan yang perlu diselesaikan oleh pihak MPP. Berikut merupakan beberapa laporan kerosakan yang akan diusulkan oleh MPP kepada pihak pengurusan



PENAMBAHBAIKAN GELANGGANG BOLA KERANJANG

     1)    PENGENALAN

Terdapat dua gelanggang bola keranjang yang terletak di bersebelahan Pusat Aktiviti Pelajar Kampus Pekan. Gelanggang bola keranjang ini digunakan oleh pelajar untuk beriadah pada waktu petang.

Selain daripada itu Kolej Kediaman 5 dihuni oleh 1,400 pelajar Universiti Malaysia Pahang. Kemudahan gelanggang bola keranjang ini digunakan untuk mahasiswa disini beriadah terutamanya pada waktu petang dan hujung minggumereka.

Masalah yang dihadapi menyebabkan hanya salah satu gelanggang sahaja yang berfungsi. Selain daripada itu, terdapat beberapa kerosakan lain yang mengundang kebahayaan kepada pelajar.




Gambar diatas merupakan gambar salah satu gelanggang yang tidak berfungsi atas sebab menghadapi beberapa kerosakan.



   2)    KEROSAKAN TIANG BOLA KERANJANG

Terdapat kerosakan pada kedua-dua tiang bola keranjang di gelanggang pertama. Kerosakan menyebabkan ianya tidak dapat digunakan oleh pelajar untuk tujuan beriadah. Aduan dari peringkat Majlis Perwakilan Pelajar kepada pihak Pusat Sukan telah dibuat pada bulan November 2012. 




       

































No comments:

Post a Comment