Wednesday, 1 May 2013
ISU KAFETARIA UMP PEKAN
1.0
ISU
PELAJAR YANG SERING BERLAKU DI KAFETARIA UMP PEKAN:
1.1
Harga yang tidak konsisten.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Pekan
mendapati harga yang ditetapkan oleh pihak kafetaria tidak menentu,bergantung
pada individu yang menetapkan harga tersebut.
Pihak MPP telah memberi senarai harga yang
sepatutnya dipatuhi oleh pengusaha kafe,sila patuhi agar kejadian ini tidak
lagi berulang.Pihak MPP akan mengambil tindakan drastik sekiranya perkara ini
berulang.
Tarikh: 22/10/2012
Masa: Jam 1820
Lokasi: Cafe RSN (UMP Pekan)
Masa: Jam 1820
Lokasi: Cafe RSN (UMP Pekan)
Harga makanan : RM3.50
1.2 Kualiti
makanan yang tidak memuaskan :
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mendapati
pihak kafetaria di UMP Pekan kurang menekankan aspek kebersihan seperti yang
diharapkan. Fakta ini dikukuhkan dengan bukti daripada para pelajar yang
diperolehi oleh pihak MPP sendiri selain pemerhatian rambang oleh sekretariat
MPP yang dilantik.
·
Penemuan lalat dalam pinggan pelajar
yang baru dibeli. Apa tindakan kafetaria??
1.3 Layanan
pekerja kafetaria yang tidak baik :
Pihak MPP mendapat laporan terdapat kejadian di mana
pekerja kafetaria (data seperti nama kafetaria dan pelaku kesalahan tidak boleh
diberikan demi menjaga sensitiviti) tidak melayan pelajar dengan sebaiknya.
Pekerja yang terlibat telah dikenal pasti dan pihak MPP akan bertindak dengan
lebih tegas sekiranya melibatkan individu yang sama. Pihak kafetaria sepatutnya
melayan pembeli dengan mesra termaktub dalam adab antara penjual dan pembeli.
1.4 Keperbagaian
makanan
:
Pihak MPP dan Pelajar UMP Pekan amat kesal
terutamanya kafetaria lama yang tiada usaha langsung untuk menambah menu
makanan.Sebagai kafetaria yang dikatakan mempunyai laporan kewangan yang kukuh
dan berdasarkan senarai harga syiling yang diterima pihak MPP,sepatutnya banyak
menu disediakan untuk pelajar. Namun,makanan yang disediakan adalah sama
sepanjang tahun.
1.5 Jadual
Operasi hujung minggu/cuti semester.
Jadual operasi kafe di UMP Pekan amatlah
mengecewakan pelajar terutamanya pada sabtu & ahad. Kafe yang dibuka lewat
serta ketiadaan makanan yang cukup menjelang waktu tengah hari amatlah
dikesali. Pihak MPP bersedia berkerjasama dengan pengusaha kafe dalam mengumpul
dan menganalisa data pelajar yang berada di UMP Pekan dalam sesuatu tempoh masa
demi memastikan makanan yang cukup disediakan untuk pelajar.
1.6 Masa
menunggu masakan panas.
Pihak MPP mendapati masa menunggu untuk masakan
panas di kafetaria baru di Pusat Aktiviti Pelajar Kampus Pekan amatlah tidak
menepati masa. Kami mendapati kekurangan pekerja menjadi faktor utama kepada
permasalahan ini.Ruang kafetaria yang besar disediakan oleh pihak UMP sepatutnya
digunakan dengan seoptimum oleh pengusaha kafe.
2.0 Langkah jangka masa pendek/panjang Majlis
Perwakilan Pelajar 2012/2013.
2.1.1 Langkah jangka masa pendek :
1.Kajian secara terbuka dan tertutup oleh
sekretariat MPP yang dilantik.
2.Pelancaran kaunter khas aduan Majlis Perwakilan
Pelajar.
3.Program khusus mengenai isu kebersihan anjuran
Majlis Perwakilan Pelajar.
4.Lawatan mengejut oleh ahli lembaga pengarah
tertinggi universiti.
5.Mesyuarat pengusaha kafe bersama ahli lembaga
pengarah universiti sekiranya masalah berlarutan.
3.0 Penutup :
Isu kafetaria terutamanya melibatkan harga dan
kualiti makanan bukan lagi perkara baru. Berdasarkan kajian oleh Pihak MPP,isu
ini bermula sejak UMP Pekan dibuka lagi. Usaha oleh Majlis Perwakilan Pelajar
yang terdahulu langsung tidak memberikan hasil.Justeru,melalui penerbitan buku
panduan kafetaria yang diterbitkan sendiri melalui Exco Kebajikan & Keselamatan
Majlis Perwakilan Pelajar UMP Pekan,diharap isu ini tamat setakat ini
sahaja.Untuk makluman,pihak MPP akan cuba menyelesaikan isu ini dengan cara
diplomasi. Sekiranya isu ini tidak selesaikan sepenuhnya atau masih
berlaku,pihak MPP akan mengambil tindakan drastik mengikut kaedah yang betul.
SEJENAK UMP@CITY BERSAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
TEMPAT :UMP@City,Pekan.Pahang
RINGKASAN PROJEK:
Perjumpaan ini bertujuan
mendekatkan diri bersama
pelajar Universiti Malaysia Pahang yang menetap di UMP@City sambil mendengar
dan melihat sendiri segala permasalahan yang
berlaku. Pada masa yang sama, platform ini dapat digunakan untuk mengeratkan silaturahim
antara pelajar dan badan kepimpinan tertinggi pelajar. Selain itu, program ini juga
memberi peluang kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk memberi penjelasan secara terus kepada pelajar berhubung
perkembangan gerak kerja khususnya yang melibatkan isu di UMP@City.
Berikut adalah objektif perjumpaan
ini;
Perjumpaan
ini betujuan untuk memberi makluman kepada penghuni UMP@City berkaitan perkembangan gerak kerja
Majlis Perwakilan Pelajar berhubung isu yang dihadapi di UMP@City. Selain itu, para penghuni UMP@City juga mengisi masa lapang dengan
aktiviti yang berfaedah serta membuka
peluang interaksi kepada semua penghuni bersama barisan Majlis Perwakilan
Pelajar.Hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan hubungan silaturahim
antara pelajar dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia
Pahang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Makan Malam Bersama Penghuni UMP@City
MASALAH KETIADAAN LAMPU DI SEPANJANG JALAN MENUJU KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KAMPUS PEKAN.
1.0 CADANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERHUBUNG
MASALAH KETIADAAN LAMPU DI SEPANJANG JALAN MENUJU KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
KAMPUS PEKAN.
Isu ketiadaan lampu yang menyumbang
kepada masalah pencahayaan di sepanjang jalan menuju ke Universiti Malaysia
Pahang kampus Pekan yang bakal menjadi kampus induk bukan isu yang baru. Isu
yang telah wujud sebelum universiti ini ditubuhkan juga merupakan permasalahan
penduduk sekitar merangkumi kawasan Tanjung Selangor,Kuala Pahang dan kampung lain
di sekitar. Namun,isu ini mula menjadi buah mulut mahasiswa universiti apabila
kadar kemalangan di sepanjang jalan ini meningkat secara mendadak saban
tahun.Malah,kemalangan melibatkan haiwan ternakan sekitar seperti lembu,kambing
dan kerbau yang bebas berkeliaran turut berlaku berpunca daripada kadar penglihatan
yang terbatas.Keadaan ini tentunya tidak boleh dibiarkan kerana tindakan sambil
lewa hanya memperjudikan nyawa mahasiswa UMP serta penduduk setempat. Malah,isu
ini telah dibawa ke peringkat kerajaan negeri serta telah dibangkitkan sekali
lagi oleh saudara Mohd Najmi Bin Harith ketika sesi soal jawab bersama Menteri
Besar Pahang, YAB
Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob di
majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Yang Amat Berhormat pada akhir
tahun 2012 yang lalu.Namun berdasarkan pemerhatian,perubahan daripada aduan
yang dibuat hanya dapat dilihat di jalan menuju ke UMP kampus Gambang apabila
terdapat beberapa tiang lampu telah ditempatkan di beberapa lokasi yang
berisiko tinggi.
Masalah ketiadaan lampu
jalan bermula dari simpang Tanjung Selangor ( gambar di atas : berhampiran
masjid) sehingga ke kawasan kampus.
Cadangan untuk pemasangan lampu
memandangkan tiang elektirik TNB sudah sedia ada di kawasan ini.
Keadaan di salah satu lokasi
berhampiran masjid Tanjung Selangor.
Kewujudan
“ Road Marking Column” di sebahagian tempat yang berisiko seperti jambatan,paya
dan sebagainya masih belum cukup menjamin keselamatan mahasiswa.
Tambahan pula,kes
kecurian bahan plastik yang menjadi elemen pemantulan cahaya “ Road Marking
Column” telah mengagalkan fungsi peralatan ini. Gambar dia atas menunjukkan
keadaan “ Road Marking Column” yang tidak berfungsi. Justeru,dengan ketiadaan
lampu jalan dan peralatan ini,sudah tentu kadar pengcahayaan akan terbatas.
Gambar di atas menunjukkan salah satu kemalangan
yang melibatkan mahasiswa ump pekan pada 28 Dec 2012 yang lalu.Berdasarkan
statistik yang diperolehi,secara purata 6 kemalangan kecil mahupun parah
berlaku pada setiap bulan melibatkan mahasiswa UMP di sepanjang jalan menuju
menuju ke kampus.
Kecederaan yang dialami
oleh mahasiswa
CADANGAN
SOLUSI OLEH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERHUBUNG PERMASALAHAN INI :
1.Mempercepatkan
pemasangan lampu jalan konvensional di sepanjang jalan ini. Lampu jalan amat
diperlukan kerana pertambahan penduduk di kawasan sekitar kampus dan
tertubuhnya Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan yang bakal menjadi kampus
induk dalam masa terdekat telah meningkatkan kadar kebarangkalian kemalangan di
kawasan ini. Justeru,pemasangan lampu amat tepat dan sejajar dengan keperluan.
2.Pembinaan
lampu jalan berkuasa solar di sepanjang jalan ini. Untuk penyelesaian yang
lebih mesra alam,penggunaan lampu solar amat sesuai memandangkan ketiadaan
sumber tenaga elektik di sesetengah lokasi di sepanjang jalan ini. Penggunaan
lampu solar telah dipraktikkan di sesetangah lokasi di sepanjang Lebuhraya
Pantai Timur seperti berhampiran cerun berbahaya Genting Sempah.Selain
menjimatkan kos,lampu solar mempunyai kadar pengcahayaan yang optimum.Hanya penyelenggaraan
berkala perlu dilakukan demi memastikan lampu solar ini sentiasa dalam keadaan
terbaik.
Taburan sinaran solar di
kawasan sepanjang jalan menuju ke kampus amat tinggi kerana cuaca sekitar yang
panas kecuali ketika musim tengkujuh.
3.Pemasangan
“ Road Stud” menggantikan “Road Marking Column” di kawasan berisiko kerana “Road
Stud” tidak mudah dicuri serta mempunyai “ reflective index” yang lebih tinggi
Gambar di atas merupakan contoh “Road Stud”
yang telah banyak digunakan di sesetengah jalan yang berisiko tinggi.
Namun,pemasangan peralatan ini hanya sesuai untuk penyelesaian jangka masa
pendek/segera.
Isu Kebocoran Syiling Masjid UMP Pekan
1.0
Laporan penuh isu kebocoran syiling masjid
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012/2013.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon supaya syiling
masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan terletak di Aras 2 Pusat
Aktiviti Pelajar dapat dibaik pulih segara untuk menggelakkan sebarang
kemalangan jiwa daripada berlaku. Jika diteliti berdasarkan gambar yang
disertakan bersama hasil lawatan MPP ke tempat kejadian,syiling masjid ini
jelas hanya menuggu masa untuk runtuh.Masjid di UMP Pekan merupakan tempat
solat utama selain aktiviti kerohanian yang lain.Malah,masjid ini turut
dijadikan tempat forum seperti Bicara Isu Kampus KK5 yang berlangsung pada
akhir December lepas serta tempat diskusi ilmiah. Kapasiti masjid yang boleh
menampung ratusan orang serta suasana yang ideal menjadi faktor utama lokasi
mulia ini menjadi pilihan mahasiswa yang menetap di kampus Pekan untuk
menjalankan pelbagai aktiviti.
Selain kebocoran berpunca dari ruang pendingin hawa,kemunculan
fungi telah mencacatkan pemandangan masjid UMP Pekan.
Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian solat siswi
disebabkan kebocoran yang berlaku.
Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian hadapan
masjid berhampiran lif disebabkan kebocoran yang berlaku.
Gambar ini jelas membuktikan kerja pemasangan pendingin hawa
yang lewat menjadi salah satu punca kepada permasalahan ini. ( Air hujan
memasuki ruang pendingin hawa yang masih belum siap sepenuhnya)
Solusi yang dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
:
- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahu pihak kontraktor yang memasang pendingin hawa di masjid UMP Pekan mempercepatkan proses pemasangan supaya kebocoran yang berlaku tidak menjadi kritikal.
- Kerja baik pulih syiling yang telah runtuh hendaklah disegerakan supaya ianya tidak mencacatkan pemandangan seterusnya memberi gambaran negatif kepada jemaah masjid yang hadir terutamanya ketika solat Jumaat.
Pada 2-3 Mac 2013,Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012/13 telah menganjurkan program Karnival Sukan UMP Pekan.Objektif program ini adalah untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah dan menyihatkan badan
serta membuka peluang kepada semua warga Universiti
Malaysia Pahang Pekan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Selain itu,dapat mengurangkan tekanan
kepada mahasiswa/I UMP Pekan menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa
program ini dan menghidupkan keseronokan berada di kampus.
Majlis Perasmian Kick-Off oleh Pengetua Kolej Kediaman 5,En Shaiful Hakim
Tuan Pengetua Bersalaman bersama Para Peserta
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Bersarapan Bersama Tuan Pengetua
d Di Gelanggang Futsal 32 pasukan futsal bersaing demi mencari kejuaraan.....
Di Pusat Aktiviti Pelajar UMP Pekan,64 peserta diuji kecekapan bermain PES & FIFA..
Di lokasi Paintball ( berdekatan rumah solar mekanikal)
h
Majlis Penutup yang dihadiri oleh Pengetua Kolej Kediaman 5 ,Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMP Pekan ,staf pusat kokurikulum & wakil Pejabat Kolej Kediaman 5.
Para pemenang yang hadir.
Ucapan oleh NYDP Pekan,
Michael Anak Jangi.
Ucapan oleh Exco Kebajikan & Keselamatan selaku Pengarah Program,
Mohd Najmi Bin Harith.
Ucapan oleh Tuan Pengetua Kolej Kediaman 5,
En Shaiful Hakim.
Barisan VIP & Tetamu Jemputan yang Hadir
Upacara Penyampaian Hadiah kepada Para Pemenang.........
Penyampaian hadiah kepada Tuan Pengetua KK5 daripada Pengarah Program,Najmi.
Penyampaian hadiah kepada Penasihat MPP Pekan,En. Muhammad Faisal Bin Mohd Yasin.
Sekalung Tahniah & Penghargaan Kepada 23 AJK Program Karnival Sukan UMP Pekan.
PENASIHAT
Encik Muhammad Faisal Bin Mohd Yasin
PENGARAH PROGRAM
Mohd
Najmi Bin Harith
TIMB. PENGARAH PROGRAM
Fadli
Amrin Bin Malike
SETIAUSAHA
Nurul
Shafina Bt Razali
TIMB. SETIAUSAHA
Nur
Atiqah Bt Md Deros
BENDAHARI
Noor
Farihan Bt Mashor
Unit
*Ketua Unit (KU)
Multimedia,Publisiti
dan Penerbitan :
Noratikah binti Abdul Latif (
KU )
Nur Hafizah binti Abd Rahine
Muhammad Faiz Hakim B Mohammed
Logistik
& Pengangkutan :
Mohd Hakimin Bin Mohd Hussin
(KU)
Mohamad Aliff Kamil Bin Awang
Kechik
Shahir Bin Mohd Yunus
Hadiah
& Cenderahati :
Halimahtuss saadiah bt Rosdin(
KU)
Farah Emmelia bt Abu Bakar
Penyelaras
Program :
Nurul Zahidah bt Rosji (KU)
Hazimah bt Abdul Rahim
Sambutan
& Protokol :
Sabri bin Ali(KU)
Norliyana bt Nor Azli
Pendaftaran
:
Mohsin B Zakaria (KU)
Mohd Hafizu B Zakaria
Mohammad Shahrul Shafiq B
Hussein
Sajian
& Makanan:
Nur Fatihah Bt Mod Omar (KU)
Nur Afiqah binti Alias
Nabilah
Munirah binti Sued
Subscribe to:
Posts (Atom)