Wednesday, 1 May 2013

ISU KAFETARIA UMP PEKAN


1.0              ISU PELAJAR YANG SERING BERLAKU DI KAFETARIA UMP PEKAN:

1.1  Harga yang tidak konsisten.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Pekan mendapati harga yang ditetapkan oleh pihak kafetaria tidak menentu,bergantung pada individu yang menetapkan harga tersebut.
Pihak MPP telah memberi senarai harga yang sepatutnya dipatuhi oleh pengusaha kafe,sila patuhi agar kejadian ini tidak lagi berulang.Pihak MPP akan mengambil tindakan drastik sekiranya perkara ini berulang.




 


Tarikh: 22/10/2012
Masa: Jam 1820
Lokasi: Cafe RSN (UMP Pekan)
Harga makanan : RM3.50




1.2  Kualiti makanan yang tidak memuaskan :
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mendapati pihak kafetaria di UMP Pekan kurang menekankan aspek kebersihan seperti yang diharapkan. Fakta ini dikukuhkan dengan bukti daripada para pelajar yang diperolehi oleh pihak MPP sendiri selain pemerhatian rambang oleh sekretariat MPP yang dilantik.







·         Penemuan lalat dalam pinggan pelajar yang baru dibeli. Apa tindakan kafetaria??


1.3  Layanan pekerja kafetaria  yang tidak baik :
Pihak MPP mendapat laporan terdapat kejadian di mana pekerja kafetaria (data seperti nama kafetaria dan pelaku kesalahan tidak boleh diberikan demi menjaga sensitiviti) tidak melayan pelajar dengan sebaiknya. Pekerja yang terlibat telah dikenal pasti dan pihak MPP akan bertindak dengan lebih tegas sekiranya melibatkan individu yang sama. Pihak kafetaria sepatutnya melayan pembeli dengan mesra termaktub dalam adab antara penjual dan pembeli.



1.4  Keperbagaian makanan :
Pihak MPP dan Pelajar UMP Pekan amat kesal terutamanya kafetaria lama yang tiada usaha langsung untuk menambah menu makanan.Sebagai kafetaria yang dikatakan mempunyai laporan kewangan yang kukuh dan berdasarkan senarai harga syiling yang diterima pihak MPP,sepatutnya banyak menu disediakan untuk pelajar. Namun,makanan yang disediakan adalah sama sepanjang tahun.



1.5  Jadual Operasi hujung minggu/cuti semester.
Jadual operasi kafe di UMP Pekan amatlah mengecewakan pelajar terutamanya pada sabtu & ahad. Kafe yang dibuka lewat serta ketiadaan makanan yang cukup menjelang waktu tengah hari amatlah dikesali. Pihak MPP bersedia berkerjasama dengan pengusaha kafe dalam mengumpul dan menganalisa data pelajar yang berada di UMP Pekan dalam sesuatu tempoh masa demi memastikan makanan yang cukup disediakan untuk pelajar.



1.6  Masa menunggu masakan panas.
Pihak MPP mendapati masa menunggu untuk masakan panas di kafetaria baru di Pusat Aktiviti Pelajar Kampus Pekan amatlah tidak menepati masa. Kami mendapati kekurangan pekerja menjadi faktor utama kepada permasalahan ini.Ruang kafetaria yang besar disediakan oleh pihak UMP sepatutnya digunakan dengan seoptimum oleh pengusaha kafe.

2.0 Langkah jangka masa pendek/panjang Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013.

2.1.1  Langkah jangka masa pendek :

1.Kajian secara terbuka dan tertutup oleh sekretariat MPP yang dilantik.
2.Pelancaran kaunter khas aduan Majlis Perwakilan Pelajar.
3.Program khusus mengenai isu kebersihan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar.
4.Lawatan mengejut oleh ahli lembaga pengarah tertinggi universiti.
5.Mesyuarat pengusaha kafe bersama ahli lembaga pengarah universiti sekiranya masalah berlarutan.




3.0 Penutup :
Isu kafetaria terutamanya melibatkan harga dan kualiti makanan bukan lagi perkara baru. Berdasarkan kajian oleh Pihak MPP,isu ini bermula sejak UMP Pekan dibuka lagi. Usaha oleh Majlis Perwakilan Pelajar yang terdahulu langsung tidak memberikan hasil.Justeru,melalui penerbitan buku panduan kafetaria yang diterbitkan sendiri melalui Exco Kebajikan & Keselamatan Majlis Perwakilan Pelajar UMP Pekan,diharap isu ini tamat setakat ini sahaja.Untuk makluman,pihak MPP akan cuba menyelesaikan isu ini dengan cara diplomasi. Sekiranya isu ini tidak selesaikan sepenuhnya atau masih berlaku,pihak MPP akan mengambil tindakan drastik mengikut kaedah yang betul.

No comments:

Post a Comment