1.0
Laporan penuh isu kebocoran syiling masjid
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012/2013.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon supaya syiling
masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan terletak di Aras 2 Pusat
Aktiviti Pelajar dapat dibaik pulih segara untuk menggelakkan sebarang
kemalangan jiwa daripada berlaku. Jika diteliti berdasarkan gambar yang
disertakan bersama hasil lawatan MPP ke tempat kejadian,syiling masjid ini
jelas hanya menuggu masa untuk runtuh.Masjid di UMP Pekan merupakan tempat
solat utama selain aktiviti kerohanian yang lain.Malah,masjid ini turut
dijadikan tempat forum seperti Bicara Isu Kampus KK5 yang berlangsung pada
akhir December lepas serta tempat diskusi ilmiah. Kapasiti masjid yang boleh
menampung ratusan orang serta suasana yang ideal menjadi faktor utama lokasi
mulia ini menjadi pilihan mahasiswa yang menetap di kampus Pekan untuk
menjalankan pelbagai aktiviti.
Selain kebocoran berpunca dari ruang pendingin hawa,kemunculan
fungi telah mencacatkan pemandangan masjid UMP Pekan.
Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian solat siswi
disebabkan kebocoran yang berlaku.
Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian hadapan
masjid berhampiran lif disebabkan kebocoran yang berlaku.
Gambar ini jelas membuktikan kerja pemasangan pendingin hawa
yang lewat menjadi salah satu punca kepada permasalahan ini. ( Air hujan
memasuki ruang pendingin hawa yang masih belum siap sepenuhnya)
Solusi yang dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
:
- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahu pihak kontraktor yang memasang pendingin hawa di masjid UMP Pekan mempercepatkan proses pemasangan supaya kebocoran yang berlaku tidak menjadi kritikal.
- Kerja baik pulih syiling yang telah runtuh hendaklah disegerakan supaya ianya tidak mencacatkan pemandangan seterusnya memberi gambaran negatif kepada jemaah masjid yang hadir terutamanya ketika solat Jumaat.
No comments:
Post a Comment