Wednesday, 1 May 2013

WE CHOOSE TO VOTE


ISU KAFETARIA UMP PEKAN


1.0              ISU PELAJAR YANG SERING BERLAKU DI KAFETARIA UMP PEKAN:

1.1  Harga yang tidak konsisten.
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Pekan mendapati harga yang ditetapkan oleh pihak kafetaria tidak menentu,bergantung pada individu yang menetapkan harga tersebut.
Pihak MPP telah memberi senarai harga yang sepatutnya dipatuhi oleh pengusaha kafe,sila patuhi agar kejadian ini tidak lagi berulang.Pihak MPP akan mengambil tindakan drastik sekiranya perkara ini berulang.




 


Tarikh: 22/10/2012
Masa: Jam 1820
Lokasi: Cafe RSN (UMP Pekan)
Harga makanan : RM3.50




1.2  Kualiti makanan yang tidak memuaskan :
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mendapati pihak kafetaria di UMP Pekan kurang menekankan aspek kebersihan seperti yang diharapkan. Fakta ini dikukuhkan dengan bukti daripada para pelajar yang diperolehi oleh pihak MPP sendiri selain pemerhatian rambang oleh sekretariat MPP yang dilantik.







·         Penemuan lalat dalam pinggan pelajar yang baru dibeli. Apa tindakan kafetaria??


1.3  Layanan pekerja kafetaria  yang tidak baik :
Pihak MPP mendapat laporan terdapat kejadian di mana pekerja kafetaria (data seperti nama kafetaria dan pelaku kesalahan tidak boleh diberikan demi menjaga sensitiviti) tidak melayan pelajar dengan sebaiknya. Pekerja yang terlibat telah dikenal pasti dan pihak MPP akan bertindak dengan lebih tegas sekiranya melibatkan individu yang sama. Pihak kafetaria sepatutnya melayan pembeli dengan mesra termaktub dalam adab antara penjual dan pembeli.



1.4  Keperbagaian makanan :
Pihak MPP dan Pelajar UMP Pekan amat kesal terutamanya kafetaria lama yang tiada usaha langsung untuk menambah menu makanan.Sebagai kafetaria yang dikatakan mempunyai laporan kewangan yang kukuh dan berdasarkan senarai harga syiling yang diterima pihak MPP,sepatutnya banyak menu disediakan untuk pelajar. Namun,makanan yang disediakan adalah sama sepanjang tahun.



1.5  Jadual Operasi hujung minggu/cuti semester.
Jadual operasi kafe di UMP Pekan amatlah mengecewakan pelajar terutamanya pada sabtu & ahad. Kafe yang dibuka lewat serta ketiadaan makanan yang cukup menjelang waktu tengah hari amatlah dikesali. Pihak MPP bersedia berkerjasama dengan pengusaha kafe dalam mengumpul dan menganalisa data pelajar yang berada di UMP Pekan dalam sesuatu tempoh masa demi memastikan makanan yang cukup disediakan untuk pelajar.



1.6  Masa menunggu masakan panas.
Pihak MPP mendapati masa menunggu untuk masakan panas di kafetaria baru di Pusat Aktiviti Pelajar Kampus Pekan amatlah tidak menepati masa. Kami mendapati kekurangan pekerja menjadi faktor utama kepada permasalahan ini.Ruang kafetaria yang besar disediakan oleh pihak UMP sepatutnya digunakan dengan seoptimum oleh pengusaha kafe.

2.0 Langkah jangka masa pendek/panjang Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013.

2.1.1  Langkah jangka masa pendek :

1.Kajian secara terbuka dan tertutup oleh sekretariat MPP yang dilantik.
2.Pelancaran kaunter khas aduan Majlis Perwakilan Pelajar.
3.Program khusus mengenai isu kebersihan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar.
4.Lawatan mengejut oleh ahli lembaga pengarah tertinggi universiti.
5.Mesyuarat pengusaha kafe bersama ahli lembaga pengarah universiti sekiranya masalah berlarutan.




3.0 Penutup :
Isu kafetaria terutamanya melibatkan harga dan kualiti makanan bukan lagi perkara baru. Berdasarkan kajian oleh Pihak MPP,isu ini bermula sejak UMP Pekan dibuka lagi. Usaha oleh Majlis Perwakilan Pelajar yang terdahulu langsung tidak memberikan hasil.Justeru,melalui penerbitan buku panduan kafetaria yang diterbitkan sendiri melalui Exco Kebajikan & Keselamatan Majlis Perwakilan Pelajar UMP Pekan,diharap isu ini tamat setakat ini sahaja.Untuk makluman,pihak MPP akan cuba menyelesaikan isu ini dengan cara diplomasi. Sekiranya isu ini tidak selesaikan sepenuhnya atau masih berlaku,pihak MPP akan mengambil tindakan drastik mengikut kaedah yang betul.

SEJENAK UMP@CITY BERSAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR


NAMA  PROJEK                 : SEJENAK BERSAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

TEMPAT                              :UMP@City,Pekan.Pahang



RINGKASAN PROJEK:

Perjumpaan  ini  bertujuan  mendekatkan  diri  bersama  pelajar  Universiti  Malaysia  Pahang  yang menetap di UMP@City  sambil  mendengar  dan  melihat sendiri segala permasalahan yang berlaku. Pada masa yang sama, platform ini dapat digunakan untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar dan badan kepimpinan tertinggi pelajar. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk memberi  penjelasan secara terus kepada pelajar berhubung perkembangan gerak kerja khususnya yang melibatkan isu di UMP@City.


Berikut adalah objektif perjumpaan ini;

Perjumpaan ini betujuan untuk memberi makluman kepada penghuni  UMP@City berkaitan perkembangan gerak kerja Majlis Perwakilan Pelajar berhubung isu yang dihadapi di UMP@City. Selain itu, para penghuni UMP@City juga mengisi masa lapang dengan aktiviti  yang berfaedah serta membuka peluang interaksi kepada semua penghuni bersama barisan Majlis Perwakilan Pelajar.Hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara pelajar dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang.




  • Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang 2012/2013 bergambar bersama di aras bawah UMP@City























  • .Penyampaian tabung aduan oleh YDP MPP UMP 2012/2013 kepada exco UMP@CIty



















  • Sebahagian penghuni UMP@City yang hadir.






  • Ulasan oleh Exco Kebajikan & Keselamatan (Pekan) terhadap aduan dan cadangan yang dilontarkan penghuni  UMP@City























  • Ulasan oleh Setiausaha Agung MPP terhadap aduan dan cadangan  yang dibahaskan penghuni UMP@City




















  • Ulasan oleh NYDP MPP Pekan terhadap aduan dan cadangan  yang dibahaskan penghuni UMP@City






Makan Malam Bersama Penghuni UMP@City



MASALAH KETIADAAN LAMPU DI SEPANJANG JALAN MENUJU KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KAMPUS PEKAN.


1.0 CADANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERHUBUNG MASALAH KETIADAAN LAMPU DI SEPANJANG JALAN MENUJU KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KAMPUS PEKAN.


Isu ketiadaan lampu yang menyumbang kepada masalah pencahayaan di sepanjang jalan menuju ke Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan yang bakal menjadi kampus induk bukan isu yang baru. Isu yang telah wujud sebelum universiti ini ditubuhkan juga merupakan permasalahan penduduk sekitar merangkumi kawasan Tanjung Selangor,Kuala Pahang dan kampung lain di sekitar. Namun,isu ini mula menjadi buah mulut mahasiswa universiti apabila kadar kemalangan di sepanjang jalan ini meningkat secara mendadak saban tahun.Malah,kemalangan melibatkan haiwan ternakan sekitar seperti lembu,kambing dan kerbau yang bebas berkeliaran turut berlaku berpunca daripada kadar penglihatan yang terbatas.Keadaan ini tentunya tidak boleh dibiarkan kerana tindakan sambil lewa hanya memperjudikan nyawa mahasiswa UMP serta penduduk setempat. Malah,isu ini telah dibawa ke peringkat kerajaan negeri serta telah dibangkitkan sekali lagi oleh saudara Mohd Najmi Bin Harith ketika sesi soal jawab bersama Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Yang Amat Berhormat pada akhir tahun 2012 yang lalu.Namun berdasarkan pemerhatian,perubahan daripada aduan yang dibuat hanya dapat dilihat di jalan menuju ke UMP kampus Gambang apabila terdapat beberapa tiang lampu telah ditempatkan di beberapa lokasi yang berisiko tinggi.



Masalah ketiadaan lampu jalan bermula dari simpang Tanjung Selangor ( gambar di atas : berhampiran masjid) sehingga ke kawasan kampus.




Cadangan untuk pemasangan lampu memandangkan tiang elektirik TNB sudah sedia ada di kawasan ini.

Keadaan di salah satu lokasi berhampiran masjid Tanjung Selangor.



Kewujudan “ Road Marking Column” di sebahagian tempat yang berisiko seperti jambatan,paya dan sebagainya masih belum cukup menjamin keselamatan mahasiswa.


Tambahan pula,kes kecurian bahan plastik yang menjadi elemen pemantulan cahaya “ Road Marking Column” telah mengagalkan fungsi peralatan ini. Gambar dia atas menunjukkan keadaan “ Road Marking Column” yang tidak berfungsi. Justeru,dengan ketiadaan lampu jalan dan peralatan ini,sudah tentu kadar pengcahayaan akan terbatas.



Gambar di atas menunjukkan salah satu kemalangan yang melibatkan mahasiswa ump pekan pada 28 Dec 2012 yang lalu.Berdasarkan statistik yang diperolehi,secara purata 6 kemalangan kecil mahupun parah berlaku pada setiap bulan melibatkan mahasiswa UMP di sepanjang jalan menuju menuju ke kampus.


  
Kecederaan yang dialami oleh mahasiswa







CADANGAN SOLUSI OLEH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERHUBUNG PERMASALAHAN INI :



1.Mempercepatkan pemasangan lampu jalan konvensional di sepanjang jalan ini. Lampu jalan amat diperlukan kerana pertambahan penduduk di kawasan sekitar kampus dan tertubuhnya Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan yang bakal menjadi kampus induk dalam masa terdekat telah meningkatkan kadar kebarangkalian kemalangan di kawasan ini. Justeru,pemasangan lampu amat tepat dan sejajar dengan keperluan.




2.Pembinaan lampu jalan berkuasa solar di sepanjang jalan ini. Untuk penyelesaian yang lebih mesra alam,penggunaan lampu solar amat sesuai memandangkan ketiadaan sumber tenaga elektik di sesetengah lokasi di sepanjang jalan ini. Penggunaan lampu solar telah dipraktikkan di sesetangah lokasi di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur seperti berhampiran cerun berbahaya Genting Sempah.Selain menjimatkan kos,lampu solar mempunyai kadar pengcahayaan yang optimum.Hanya penyelenggaraan berkala perlu dilakukan demi memastikan lampu solar ini sentiasa dalam keadaan terbaik.




Taburan sinaran solar di kawasan sepanjang jalan menuju ke kampus amat tinggi kerana cuaca sekitar yang panas kecuali ketika musim tengkujuh.




3.Pemasangan “ Road Stud” menggantikan “Road Marking Column” di kawasan berisiko kerana “Road Stud” tidak mudah dicuri serta mempunyai “ reflective index” yang lebih tinggi
Gambar di atas merupakan contoh “Road Stud” yang telah banyak digunakan di sesetengah jalan yang berisiko tinggi. Namun,pemasangan peralatan ini hanya sesuai untuk penyelesaian jangka masa pendek/segera.


DERMA KILAT MPP




Isu Kebocoran Syiling Masjid UMP Pekan


1.0   Laporan penuh isu kebocoran syiling masjid Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012/2013.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) memohon supaya syiling masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan terletak di Aras 2 Pusat Aktiviti Pelajar dapat dibaik pulih segara untuk menggelakkan sebarang kemalangan jiwa daripada berlaku. Jika diteliti berdasarkan gambar yang disertakan bersama hasil lawatan MPP ke tempat kejadian,syiling masjid ini jelas hanya menuggu masa untuk runtuh.Masjid di UMP Pekan merupakan tempat solat utama selain aktiviti kerohanian yang lain.Malah,masjid ini turut dijadikan tempat forum seperti Bicara Isu Kampus KK5 yang berlangsung pada akhir December lepas serta tempat diskusi ilmiah. Kapasiti masjid yang boleh menampung ratusan orang serta suasana yang ideal menjadi faktor utama lokasi mulia ini menjadi pilihan mahasiswa yang menetap di kampus Pekan untuk menjalankan pelbagai aktiviti.



 Hal ini dipercayai bermula apabila kerja pemasangan pendingin hawa bermula pada September 2012 lepas. Disebabkan kelewatan projek ini,perlbagai masalah lain timbul seperti kebocoran.



Selain kebocoran berpunca dari ruang pendingin hawa,kemunculan fungi telah mencacatkan pemandangan masjid UMP Pekan.


Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian solat siswi disebabkan kebocoran yang berlaku.



Tompokan kesan kehadiran fungi/lumut di bahagian hadapan masjid berhampiran lif disebabkan kebocoran yang berlaku.



Gambar ini jelas membuktikan kerja pemasangan pendingin hawa yang lewat menjadi salah satu punca kepada permasalahan ini. ( Air hujan memasuki ruang pendingin hawa yang masih belum siap sepenuhnya)






Solusi yang dicadangkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) :
  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mahu pihak kontraktor yang memasang pendingin hawa di masjid UMP Pekan mempercepatkan proses pemasangan supaya kebocoran yang berlaku tidak menjadi kritikal.
  • Kerja baik pulih syiling yang telah runtuh hendaklah disegerakan supaya ianya tidak mencacatkan pemandangan seterusnya memberi gambaran negatif kepada jemaah masjid yang hadir terutamanya ketika solat Jumaat.









Pada 2-3 Mac 2013,Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2012/13 telah menganjurkan program Karnival Sukan UMP Pekan.Objektif program ini adalah untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan badan serta membuka peluang kepada semua warga Universiti Malaysia Pahang Pekan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Selain itu,dapat mengurangkan tekanan kepada mahasiswa/I UMP Pekan menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program ini dan menghidupkan keseronokan berada di kampus.


Majlis Perasmian Kick-Off oleh Pengetua Kolej Kediaman 5,En Shaiful Hakim




Tuan Pengetua Bersalaman bersama Para Peserta




Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Bersarapan Bersama Tuan Pengetua


d   Di Gelanggang Futsal 32 pasukan futsal bersaing demi mencari kejuaraan.....








Di Pusat Aktiviti Pelajar UMP Pekan,64 peserta diuji kecekapan bermain PES & FIFA..






Di lokasi Paintball ( berdekatan rumah solar mekanikal)










h






Majlis Penutup yang dihadiri oleh Pengetua Kolej Kediaman 5 ,Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMP Pekan ,staf pusat kokurikulum & wakil Pejabat Kolej Kediaman 5.


Para pemenang yang hadir.




Ucapan oleh NYDP Pekan,
Michael Anak Jangi.



Ucapan oleh Exco Kebajikan & Keselamatan selaku Pengarah Program,
Mohd Najmi Bin Harith.


Ucapan oleh Tuan Pengetua Kolej Kediaman 5,
En Shaiful Hakim.


Barisan VIP & Tetamu Jemputan yang Hadir



Upacara Penyampaian Hadiah kepada Para Pemenang.........











Penyampaian hadiah kepada Tuan Pengetua KK5 daripada Pengarah Program,Najmi.





Penyampaian hadiah kepada Penasihat MPP Pekan,En. Muhammad Faisal Bin Mohd Yasin.









Sekalung Tahniah & Penghargaan Kepada 23 AJK Program Karnival Sukan UMP Pekan.



PENASIHAT
Encik Muhammad Faisal Bin Mohd Yasin

PENGARAH PROGRAM
Mohd Najmi Bin Harith

TIMB. PENGARAH PROGRAM
Fadli Amrin Bin Malike

SETIAUSAHA
Nurul Shafina Bt Razali

TIMB. SETIAUSAHA
Nur Atiqah Bt Md Deros

BENDAHARI
Noor Farihan Bt Mashor


Unit
*Ketua Unit (KU)
Multimedia,Publisiti dan Penerbitan :
Noratikah binti Abdul Latif ( KU )
Nur Hafizah binti Abd Rahine
Muhammad Faiz Hakim B Mohammed


Logistik & Pengangkutan :
Mohd Hakimin Bin Mohd Hussin (KU)
Mohamad Aliff Kamil Bin Awang Kechik
Shahir Bin Mohd Yunus

Hadiah & Cenderahati :
Halimahtuss saadiah bt Rosdin( KU)
Farah Emmelia bt Abu Bakar

Penyelaras Program :
Nurul Zahidah bt Rosji (KU)
Hazimah bt Abdul Rahim

Sambutan & Protokol :
Sabri bin Ali(KU)
Norliyana bt Nor Azli

Pendaftaran :
Mohsin B Zakaria (KU)
Mohd Hafizu B Zakaria
Mohammad Shahrul Shafiq B Hussein

Sajian & Makanan:
Nur Fatihah Bt Mod Omar (KU)
Nur Afiqah binti Alias
Nabilah Munirah binti Sued